"Buah Hati Saya"

Wednesday, 26 December 2012

Muhasabah diri Sendiri

Muhasabah diri dikala terasa kesulitan melanda pada diri kite .. dont blame anyone around us ..
Sesungguhnya Allah S.W.T. sentiasa bersama kita setiap masa ..

Perkara yang selalu membuat kita fikir bahawa kita keseorangan :

- Tengok kawan asyik dating/bergayut/mesej dengan pakwe/makwe 
*tapi kita patut bersyukur sebab Allah S.W.T. pelihara kita dari membuat maksiat .. Alhamdulillah ..*

- Tengok family lain bergembira bersama dikala family sendiri mengalami kesulitan 
*tapi kita patut bersyukur kerana Allah S.W.T. mengajar kita erti kesusahan*


Jangan risau sahabat kerana Allah S.W.T. sentiasa ada untuk kita ..
Kita boleh dating dengan Allah S.W.T. dengan mengaji,solat,berzikir ..
Kita bole berdoa pada Yang Maha Esa supaya segala kesulitan dapat diselesaikan dengan redha-Nya ..
Insyaallah .. Allah S.W.T. sayang kita sebab tu dia bagi kita kesulitan,ujian,dugaan ..

#Pesanan diatas khas untuk Hazirah Halil supaya tak lalai dan lemah#
#Pesanan nie jugak khas untuk semua pembaca#

Monday, 24 December 2012

Study Week like a Heaven !


Haiii ... dah wape hari kat umah nie .. hari nie baru nak sentuh buku ... baru nak sentuh taw .. dahsyat kan ..
Bukan main lagi haha .. 
Mentang2lah minggu nie study week .. dan next week Final week ..
Tapi budak azie nie tak rasa nak final pon ..
Sesungguhnya Hazirah .. sedarlah kamu dari lamunan indah mu itu .. Fuhh ...

Tadi kuar dengan Yanti .. Dia tanya ..
Yanti : Azie da ready nak exam?
Azie : Tak ..... *jawab dengan confident*
Yanti : Hamboi .. confidentnya mak aji nie jawab hahahaha!!!
Azie : Hahaha .. macam tak biasa pulak ....

Ewah2 .. bukan main lagi anak pakcik Halil nie ..
Dapat pulak hari nie sejuk jeeee ....
rasa nak tido jeeee ....
study week like a heaven

Okay2 nak study !! Semangat dah nie ... Tada !!!! \('',)/


Monday, 3 December 2012

Buddies 4ever !!!!

 Hepi hepi hepi !!! hepi apa? Hepi dapat tengok muka semua buddies ..
24/11-25/11 kami mengadakan Party Bbq Buddies ..
Akhirnya event nie berjalan juga walaupun banyak rintangan dan dugaan ..
Disebabkan hati yang kuat dan gigih untuk meneruskan , aktiviti ini terlaksana juga ..
Terima kasih semua buddies yang sangat sempoi , terima kasih sangat2 ..
Actually malam tu sangat ....... sedih .. sebab Azie rasa malam tu ada yang merajuk,terasa,kecik hati dgn Azie ..  Sampai rasa Azie tak kenal da dengan korang ..Tapi Azie tanakla BBQ malam tuh tak hepi seperti yang Azie bayangkan sebab da penat uruskan ..
So macamnie la permulaan BBQ ^^,
senyum dik ...
Di malam hari banyak sangat makanan sampai banyak sangat tak habis ,. Membazir betul ..
Makan sampai lebam --> Tukar2 hadiah --> Amik Gambar ramai2 --> Afiq balik ---> pergi tepi pantai --> Truth or Dare


Seronok2 !! Lepas habis game tuh duk tepi chalet buat sesi perkenalan dan borak2 kosong sampai mengantuk .. makan lagi pagi2 buta tu .. pukul 3 lebih baru dapat lelap ..

Keesokkannya bangun seawal 6pagi .. Tunggu putera dan puteri bersiap .. Breakfast tepi pantai sambil menikmati roti canai dan teh o panas ...

Terus cari tempat menjalankan aktiviti di Pengkalan Balak ..
Kami ada 5 aktiviti ..  tengok la acara kami ..
Aktiviti 1 Isi air dalam botol ...

 Aktiviti 2 Joyah Bercerita ...

 Aktiviti 3 Belon beracun ...

Aktiviti 4 Straw Cumbuan ...

Aktiviti 5 Syiling 10sen Dalam Tepung ...


Dannnn disebabkan banyak tepung .. Kami Dilumurkan dengan tepung dan sehingga terasa diri nie seperti CEKODOK !! Haha , Weii Azie ta suka main tepung dari dulu .. Hahaha !! Dannnn akhirnya Azie jugak yang kena ... Setiap game Azie mesti Azie yang terkena balik !! Yesss Damnn ..

Sehingga Azie jadi camnie ..(gambar bawah) .. 
Kepasrahan ..

White girl !!! Snow White !!!
Walaupun ta nampak siapa yang baling tapi Azie nampak orang terakhir Soffih !!! Sayang kau la ... hahaha !!
Comel kan muka putih2 nie .. hahhaa Seyes buruk .,. Baju , tudung , seluar yang hitam semua bertukar jadi putih ... Penghabisan acara yang sangat adorable ... Thanks Buddies !!

Kami Buddies Selamanya ... Sayang Korang semua !!

Tade Kawan Yang Sehebat Korang !!

Saturday, 1 December 2012

Saya Rasa Saya Da Jatuh Cinta !!

Panas !! Panas !! Panas !!
Azie dah jatuh cinta laa ..
Aduhh camne nak cakap nie .. Serius Azie suka dia ...
Suka sangat2 ,. Plizzz ..
Azie minat sangat2 niee ... ? Nak dia bole tak ??
Haaha .. Aduhaiii kenapa laaa awak comel sangat ??
Kenapa awak cute sangat ?? 
Pertama kali tengok awak rasa nak cubit2 pipi awak .. nak peluk awak ..
Tapi awak bukan saya punya .. Ishhh !!
Awak buat saya jatuh cinta nie .. Hebat betul lah awak nie RILAKKUMA ... 
Aduhhh ..... hahaha ...
Nak dia !! Ada sapa2 nak bagi takk ??
Comel kan ?? Cute kan ??
Wiit Wiitt ...

Belajar yee ..

#Pliz jangan marah ... haha!!

#Life of Pi || Wayang hari nie#



Okay cerita serius best .. Tade rasa menyesal bayar tiket 3D haha .. 3D kot ..
Pi = 3.14 .. Apa tuh? Hahh korang kena tengokla .. klau cerita ta syokk la kann .. haha ..

Cerita sedih ,, keberanian ,, semangat ,, cabaran ,, kelakar ..
Yang penting Harimau tuh comel !!! 
 Tengok gambar bawah nie ... Comelkan .. Macam anak kucing ... auuwwwmm .. nak sekor bolee?? haha ..


Actually dalam filem comel macamnie ........(Gambar bawah)


Harimau Malaya !!!! Tibe2** 
Okay Selamat Menonton !! K bai !!

Saya Nak Awak ....


Saya nak awak jadi cinta saya buat selama-lamanya ... =)
Tapi siapa 'awak'?
Bila saya nak tahu siapa 'awak'?
Lama lagi ke saya nak kena tunggu 'awak'?
Sampai bila saya nak kena tunggu 'awak'?


Itu semua akan terjawab .. Allah S.W.T. telah menentukan jodoh saya dengan 'awak' cuma kita yang tak tahu .. Insyaallah suatu hari nanti saya pasti akan bertemu dengan 'awak' .. Tak kisahla didunia atau diakhirat nanti .. =)
Apa yang pasti saya akan tunggu 'awak' .. saya takkan buang masa saya dengan lelaki lain ..

Yakin dengan janji Allah S.W.T.
Insyaallah ...

Friday, 2 November 2012

Kawan || Rakan || Kenalan || Sahabat


Kadang2 Keliru gak dengan beberapa perkataan seperti tajuk nie ..
Azie sendiri keliru .. Sometimes orang cakap kawan,tapi kadang tuh rakan ,, ehh kenapa banyak sangat?
Satu dahla .. Haha bole pulak cakap macam tuh kan ..
Tapi apa yang Azie dapat harini adalah ... erti perkataan tersebut.
Okay sekarang Azie da tahu korang pon mesti nak tahu jugakkan ..
Silakan bace ..


Kawan ialah seorang yang boleh berkongsi lebih dari satu perkara seperti minat, hobi, perasaan dan sebagainya. 
Kawan nie selalunya daripada organisasi berlainan yang bermaksud dari kelas lain,persatuan lain dan sebagainya. 
Kawan ialah orang yang selalu berinteraksi dengan kita dan kita tahu beberapa maklumat peribadinya.

Kawan selalu mempunyai masa untuk bersama, bergembira, berseronok dan sebagainya. Kawan biasanya terjadi apabila seseorang itu menemui individu yang lain, yang memiliki persamaan seperti hobi, minat, sikap, tabiat dan pemikiran yang sama dengan dirinya. 
Kita selalunya berasa seronok dan terhibur apabila berada bersama-sama kawan.

Kawan mungkin boleh berkongsi kesedihan dan kegembiraan, tetapi mereka selalunya tidak akan pergi lebih jauh daripada itu.Malah, sekiranya tidak sependapat, hubungan kawan mungkin boleh terputus.



Rakan ialah perantaraan antara kawan dan kenalan.
 Rakan ialah orang yang berkongsi minat, kerjaya, hobi, permainan, guru, kelas, matlamat dan sebagainya dalam satu organisasi atau kumpulan seperti persatuan, kelab, syarikat, pertubuhan dan sebagainya. 
Contohnya, ada rakan satu tingkatan, rakan satu sekolah, rakan satu kelab dan sebagainya.

Rakan biasanya orang yang boleh mewujudkan kerjasama. 
Contohnya boleh belajar bersama-sama dengan rakan sekelas, boleh membuat tugasan berkumpulan bersama-sama rakan satu tingkatan, bekerjasama dengan rakan-rakan sepasukan untuk menewaskan pihak lawan dalam pertandingan bola sepak, dan rakan-rakan sekerja mengadakan mesyuarat untuk syarikat kami dan sebagainya.

Ada rakan yang rapat, ada pula rakan yang boleh dianggap sebagai sahabat, ada pula rakan yang boleh dianggap sebagai kawan, dan ada pula rakan yang hanya boleh dianggap sebagai kenalan.


 
Kenalan mungkin wujud sebagai rakan.
 Contohnya rakan chatting, rakan siber dan rakan blogger. 
Apabila mengenali seseorang itu dalam bentuk atau identiti tertentu, maka dia adalah kenalan.
 Kenalan adalah orang yang pernah berinteraksi dengan kita tetapi tidak dapat mengesahkan identiti atau kewujudan sebenarnya. 
Kita perlu berwaspada dengan kenalan-kenalan siber kerana, di luar alam siber, mereka tidak semestinya orang yang sama seperti yang kita pernah kenal di internet.

Kenalan boleh meluahkan perasaan mereka melalui ruangan komen, e-mel dan kemudahan-kemudahan interaksi yang lain di internet.
Tetapi tidak 100% boleh dipercayai. 
Kenalan kadangkala wujud sebagai satu hiburan.
Tetapi kadangkala tidak mustahil mereka boleh memberi kebaikan kepada menerusi perkongsian pendapat, idea dan penyelesaian masalah.



Sahabat adalah mereka yg paling rapat sekali dengan kita. 
Gelaran sahabat adalah sesuai digunakan utk kawan baik kita. 
Mereka inilah yg paling memahami dan mengenali diri kita.
Selalunya, dengan sahabatlah kita paling selesa utk bersama, berkongsi masalah, pendapat dan mcm2 lagi. 
Tapi awas, sekiranya kita dh buat something wrong, kita mesti cepat2 meminta maaf dan berusaha utk memperbaiki balik hubungan antara korang, kerana kebiasaannya, sahabat lebih cepat terasa dengan setiap kata2 yg kita kuarkan… 
Jadi, jaga pertuturan agar tidak mendatangkan masalah dlm persahabatan kita…

Friday, 26 October 2012

Bowling bersama Buddies


Buddies .. Terima Kasih sebab sudi luangkan masa bersama ..
Happy sangat2 walaupun ada yang tak dapat hadirkan diri ..

Bukan senang nak gather sama2 kan .. lepas nie lagilah ramai takde sebab ada yang baru nak mulakan pembelajaran , ada yang kerja ..

Tapi serius Azie rindukan kawan2 sekolah .. Korang je yang boleh sekepala dengan Azie .. Huhu ..
Sekepala tuhh .. 

Masa main bowling tuh ,, Kami ada 2 orang kawan baru .. Abang Sap dan Azraei ..
Yang tak pernah main pon kena main .. *Cakap diri sendiri*

Masa main bowling pon kena ada sesi Photoshoot .. sesi tu sangat2 wajib ..
Macam2 perangai ada .. macam2 ragam ada ..
Sampai Azie mengalah nak layan korang ..
Penat sangat kot dari pagi Azie kuar join SHAKE PARTY kat Taman Tasik Utama .. lepas tu kitorang pergi Kolej Professional MARA sebab ade SHAKE PARTY jugak kat sana .. 
Balik rumah dah pukul 6 petang ..
Lepas Maghrib kuar lagi sebab aktiviti bowling dengan BUDDIES sampai pukul 1 pagi ...

Wow !! Super Energy Today !!
Penat sangat2 !!
Tapi berbaloi .. Azie Happy sangat .. 
Jom Sergah Gambar Azie .. 

saya budak baru belajar

Anak Dara Pingitan

barisan wanita

Jom buat muka chumell

Inilah kawan baru ...

Yeah !! Kegilaan Kami

Kami semua BUDDIES ..

Kak saya nak order ikan jaws tomyam ada ?


Berakhir sudah pengembaraan ..
Itu lah die BUDDIES .. Tapi ada yang tak hadir .. Takpe Next Event pasti lagy THE BOMMM ..

Thursday, 25 October 2012

Photoshoot Kedua Bersama Zizie

Haiii ... Photoshoot?? Tinggi ke nak jadi MODEL??
Cantik ke sampai nak jadi MODEL?? 
Sapa cakap orang TINGGI,CANTIK,MENAWAN je bole jadi MODEL??
Haha .. 
Kali ni mari tengok gambar dua SAHABAT dari UTeM yang tak pernah jadi MODEL dipaksa menjadi MODEL ..
Azie nak cakap TERIMA KASIH kepada PHOTOGRAPHER yang comel iaitu ERYN kerana sudi jadikan KAMI sebagai MODEL awak .. haha ..
Tujuan sebenar jadi MODEL nie sebab nak release tension je .. Sekali sekala luangkan masa dengan budak comel apa salahnya .. kan ... hehe ..
Jom terjah seberapa gambar KAMI :
Okay gambar nie candid ,. yang candid la nampak cam okay .. haha ..
#JanganKetawa#

Gambar kat bawah nie pulak, Eryn suruh Kami lakukan perbuatan yang agak gedik tapi hanya ini yang kami mampu .. Haha 
#GedikLarSangat#

Aksi Solo bersama PAYUNG PELANGI 
Nasib angin tak bawak lari
Ayu ke?
Lepas tuh angin lain pula datang ..
#AnginGila# 
Tolong jangan peluk saya!!
Lagi satu aksi Gedik .. 
Taa daa ...

 Gambar kali nie sangat sedih weii .. Kitorang nak ambil gambar bertiga tapi yang menolongnya sorang uncle nie .. Kitorang bagi die Kamera Eryn .. Then dia ta pandai guna .. penat possing tapi tak ter'snap' satu pon ..  
Sedih .. Tapi "TERIMA KASIH UNCLE SEBAB JADI PHOTOGRAPHER KAMI"
Muka kesabaran ^^,
Photogarpher pon nak bergambar ,,, 
bila bergabung

Aksi da baik tapi .. haha fikirlah sendiri
Haa tu jela yang Azie bole tunjukkan selebihnye kena la ..
pergi ke --->bUddIeS 4EVER =)
Thanks Singgah disini ^^,

Sunday, 14 October 2012

K.A.M.I



Heii kawan2 .. Hei Buddies ..
Buddies? Topik Blog Cik Eryn kita .. nak taw apa ?? meh pergi sini ---> CLICK SINI

Terharu baca blog dia .. Huhu .. Okay cukup ! 
Baca nie pula , Kisah Azie pon Menyayat Hati taw .. Hewhew ..

Ceritanya bermula,Mai ajak Azie pergi jogging kat Taman Botanikal hari Sabtu lepas ..
Azie ajak Eryn ngn Zizie .. Perjanjian sepatutnya pukul 8pagi .. Eryn datang amik Azie ngn Zizie di Hostel Bunga Raya,Bukit Beruang ..

Tahu tak .. Azie ngn Zizie telah menyeksa mereka berdua .. haha ..

**Azie sedar dari tidur dalam keadaan mamai kerana terdengar suara orang menjerit , macam pernah dengarkan .. tapi Azie boleh pula fikir tu mimpi .. Tidur semula ..
**Azie sedar balik sebab terdengar ada orang sebut nama Azie dengan kuatnnya .. Azie tersentak bila Azie sendiri dengar ada orang menjerit macamnie 
"ASSALAMMUALAIKUM ...WANI.....ZIZIE....AZIE....."

**Okay! kali nie bukan mimpi.Azie turun katil buka pintu bilik kelihatannya Eryn ngn Mai depan pintu rumah?

Dengan tak bersalah tanya macamne korang tahu rumah Azie kat sini ??

Eryn tanya ko tahu tak sepatutnya hari nie kita kena pergi mana ??
Okay !! Azie pon macam orang gila sebab teringat kena pergi jogging .. HAHA ..

Mai suh tengok jam .. **Cari handphone** .. Ya Allah dah pukul 9pagi ..

Eryn tanya tgok berapa banyak missed call ?? ** Tengok Handphone lagy** .. Ya Allah 49 Missed call ??

Hehehe **Buat senyaum kambing**

Sepantas kilat kejutkan Zizie .. Zizie macam tanak bangun .. Biarlah .. Azie selamatkan diri pergi mandi dulu ..
Kejutkan Wani jugak !! Eryn ngn Mai punya muka macam orang baru buat larian 10km ..

Masa tengah mandi ,, Terdengar suara Zizie menjerit then suara Wani seakan marah kenapa tak kejutkan dia ..
Okay .. tanak taw .. Lepas mandi dorang pon cerita kepayahan mereka mencari rumah Azie ..
Kesiannya dorang .. sampai sanggup tipu mak guard .. call banyak orang semata2 nak taw bilik kitorang no apa , blok apa .. hehe ..

Seriously korang nie memang SAHABAT yang berkerjasama !! SAHABAT yang sejati !!
Sanggup korang kan ...

**Explorer di pagi hari mencari HOSTEL HAZIRAH DAN NURUL FARAHIZZATI .. Clue Bunga Raya .. **

haha .. Syabaslah korang !! 

Lepas tuh bermula lah operasi bersiar2 tak jadi jogging sebab da nak tengah hari .. dan operasi HERBALIFE .. dan juga operasi menggila ... Jom lihat ..

Kami Tak Bersalah !!

Bersama Miss Eryn .. ^^,

Miss Eryn penat ye .. 

Ini lah Miss Mai a.k.a Miss Herbalife ..

Bersuka ria dgn FLYER HERBALIFE

Cik amik la satu flyers kami ..

Adik Manis jgnla lari nak bagi flyers jee ..

Thanks korang ^^,

Itulah dia .. K.A.M.I semua membuat kekecohan pada 6/10/2012 bersamaan hari Sabtu ,.
Ingat taw hari bersejarah dan hari kegemilangan korang .. Thanks BUDDIES ..