"Buah Hati Saya"

Friday, 2 November 2012

Kawan || Rakan || Kenalan || Sahabat


Kadang2 Keliru gak dengan beberapa perkataan seperti tajuk nie ..
Azie sendiri keliru .. Sometimes orang cakap kawan,tapi kadang tuh rakan ,, ehh kenapa banyak sangat?
Satu dahla .. Haha bole pulak cakap macam tuh kan ..
Tapi apa yang Azie dapat harini adalah ... erti perkataan tersebut.
Okay sekarang Azie da tahu korang pon mesti nak tahu jugakkan ..
Silakan bace ..


Kawan ialah seorang yang boleh berkongsi lebih dari satu perkara seperti minat, hobi, perasaan dan sebagainya. 
Kawan nie selalunya daripada organisasi berlainan yang bermaksud dari kelas lain,persatuan lain dan sebagainya. 
Kawan ialah orang yang selalu berinteraksi dengan kita dan kita tahu beberapa maklumat peribadinya.

Kawan selalu mempunyai masa untuk bersama, bergembira, berseronok dan sebagainya. Kawan biasanya terjadi apabila seseorang itu menemui individu yang lain, yang memiliki persamaan seperti hobi, minat, sikap, tabiat dan pemikiran yang sama dengan dirinya. 
Kita selalunya berasa seronok dan terhibur apabila berada bersama-sama kawan.

Kawan mungkin boleh berkongsi kesedihan dan kegembiraan, tetapi mereka selalunya tidak akan pergi lebih jauh daripada itu.Malah, sekiranya tidak sependapat, hubungan kawan mungkin boleh terputus.



Rakan ialah perantaraan antara kawan dan kenalan.
 Rakan ialah orang yang berkongsi minat, kerjaya, hobi, permainan, guru, kelas, matlamat dan sebagainya dalam satu organisasi atau kumpulan seperti persatuan, kelab, syarikat, pertubuhan dan sebagainya. 
Contohnya, ada rakan satu tingkatan, rakan satu sekolah, rakan satu kelab dan sebagainya.

Rakan biasanya orang yang boleh mewujudkan kerjasama. 
Contohnya boleh belajar bersama-sama dengan rakan sekelas, boleh membuat tugasan berkumpulan bersama-sama rakan satu tingkatan, bekerjasama dengan rakan-rakan sepasukan untuk menewaskan pihak lawan dalam pertandingan bola sepak, dan rakan-rakan sekerja mengadakan mesyuarat untuk syarikat kami dan sebagainya.

Ada rakan yang rapat, ada pula rakan yang boleh dianggap sebagai sahabat, ada pula rakan yang boleh dianggap sebagai kawan, dan ada pula rakan yang hanya boleh dianggap sebagai kenalan.


 
Kenalan mungkin wujud sebagai rakan.
 Contohnya rakan chatting, rakan siber dan rakan blogger. 
Apabila mengenali seseorang itu dalam bentuk atau identiti tertentu, maka dia adalah kenalan.
 Kenalan adalah orang yang pernah berinteraksi dengan kita tetapi tidak dapat mengesahkan identiti atau kewujudan sebenarnya. 
Kita perlu berwaspada dengan kenalan-kenalan siber kerana, di luar alam siber, mereka tidak semestinya orang yang sama seperti yang kita pernah kenal di internet.

Kenalan boleh meluahkan perasaan mereka melalui ruangan komen, e-mel dan kemudahan-kemudahan interaksi yang lain di internet.
Tetapi tidak 100% boleh dipercayai. 
Kenalan kadangkala wujud sebagai satu hiburan.
Tetapi kadangkala tidak mustahil mereka boleh memberi kebaikan kepada menerusi perkongsian pendapat, idea dan penyelesaian masalah.



Sahabat adalah mereka yg paling rapat sekali dengan kita. 
Gelaran sahabat adalah sesuai digunakan utk kawan baik kita. 
Mereka inilah yg paling memahami dan mengenali diri kita.
Selalunya, dengan sahabatlah kita paling selesa utk bersama, berkongsi masalah, pendapat dan mcm2 lagi. 
Tapi awas, sekiranya kita dh buat something wrong, kita mesti cepat2 meminta maaf dan berusaha utk memperbaiki balik hubungan antara korang, kerana kebiasaannya, sahabat lebih cepat terasa dengan setiap kata2 yg kita kuarkan… 
Jadi, jaga pertuturan agar tidak mendatangkan masalah dlm persahabatan kita…