"Buah Hati Saya"

Monday, 4 May 2015

Rindu Zaman Sekolah

'

Rindu zaman sekolah ..

1. Selepas SPM, mesti ada yg stanby kilat2 atau tepung utk kenakan kawan2 .. Pastu cikgu jerit sebab bersepah kelam kabut masing2 selamatkan diri.
2. Kalau dapat pergi tandas memang tandas tu tempat melepak, tunggu sampai lagi 10 atau 5 minit nak habis waktu baru masuk kelas.
3. Cara kita berbelanja masa di sekolah :
40% – Kantin
30% – Koperasi sekolah
20% – Makanan ringan
10% – Nak pegi public phone nak kol pakwe*hahaha*
4. Kalau cikgu cakap soalan nie ada kesilapan, terus ramai2 cakap yeayy markah bonus!
5. Tempat lepak masa rehat tepi  longkang berhadapan padang.*syokk oo ada angin*
6. Perhimpunan – pengetua suka cakap *eaa* then pelajar ramai2 menganjing ikut balik perkataan *eaa*
7. Tak dapat buku teks masa tingkatan 4 sebab ayah kerja kerani kat Petronas. Sampai Tangkak nak cari buku teks. Masa tu baru nak hargai buku teks.
8. Bila buat homework, mesti siapkan homework cikgu garang dulu. Takut kena denda.
9.“Spotcheck!” – cuba sedaya upaya sorok handfon di mana saja yang boleh, termasuk dalam baju dalam
10. Ayat kenakan kawan :
“Aku tak tau lah apa no hp dia tapi no hp mak dia aq taw la ko nak?
“Boleh tolong ambilkan bola kat Store? Tapi Cikgu cakap store tu berhantu lah”
11. Conteng meja secret admire masa waktu PJK sekali dengan sortform nama kahkahkah " Love U-AR"
12. Suka pergi perpustakaan, bukan untuk membaca tapi sebab nk tengok boyfriend bertugas kat kawasan perpustakaan-bf pengawas-
13. Masa paling best bila cikgu cakap – “buat kerja sendiri”
14. Potong kuku sebelum perhimpunan sebab tak nak kena denda kerana “kuku panjang”
15. Rasa tak puas hati bila cikgu pindahkan tempat dari duduk sebelah kawan ke tempat lain.
16. Waktu agama je ready tutup dagu sebab takut ustazah mengajar sambil tarik dagu aq.

Luahan kawan, dia cerita masa sekolah dulu cikgu selalu cakap, "belajarlah rajin2, nanti da masuk U da xde homework, belajar tade macam kat sekolah kena push, tak susah macam sekolah".
Cikgu tipu!! Saya masuk U banyak gileee assignment,projek, projek akhir tahun/thesis, assignment sentiasa mengejar!! Lagi stress ..  Hahahaha Jengjennnngjennnnggggg..............