"Buah Hati Saya"

Wednesday, 15 July 2015

Happy End of PSM

Apa perasaan Azie bila berjaya menghasilkan buku jilid nama sendiri?


Jawapannya, seronok, gembira, nak nangis .. semua ada taw .. yela, buku tu melambangkan penat lelah, kegigihan selama setahun untuk menghadapi segala cabaran.
Bukan senang nak siapkan, setiap minggu kena jumpa Supervisor untuk mendapatkan info2, bantuan, keterangan, baiki kerja kita .. senang cerita tanggungjawab supervisor nie membimbinglah.
Besar jasa supervisor tu, apa2 pon janganlah pernah sekali pun sakitkan hati supervisor tu. Apa saja yang dia suruh, buat je. 
Bak kata pensyarah Azie, "Ini semua duniawi".
Walaupun pada mulanya rasa, "boleh ke aku siapkan projek nie?" tapi dengan keyakinan dan rasa beranikan diri tu ada. Takpe teruskan je Azie. Manade benda senang dalam dunia nie kan. Ini baru alam pembelajaran belum lagi alam pekerjaan. 
Usaha, Berdoa dan Tawakal.
Pengorbanan sebagai seorang pelajar tahun akhir, korban segala waktu dan korban duit(kihkihkih).
Seronoknya bila kita sibukkan diri ni, kita dah tak ingat dah masalah hati nie. Memang lupalah! 
TAPI jangan lupa tanggungjawab sebagai UMAT juga ye ....... Jangan tinggal SOLAT nanti tak berkat.
I'm happy GIRL!


Thanks to all my supporter because always besides me when needed.
Thanks Tn. Hj. Ab Rahman Mahmood a.k.a My Supervisor always guide me.
Thanks to my parents because always support my money(haha).
Thanks to all my friends because always pray for me.