"Buah Hati Saya"

Tuesday, 12 September 2017

Aku Bukan Orang Baik

Sepanjang kehidupan, aku tak pernah bangga dengan diriku.
Aku tahu aku banyak membuat salah dan dosa.
Tapi aku mencuba menjadi yang terbaik.
Aku berusaha menjadi yang terbaik dimata semua org dan dimata Allah.
Cuma kadang kala aku terlupa.
Maafkan aku jika aku tidak berkelakuan baik.
Maafkan aku jika ada yang meluat dengan perangai aku.
Maafkan Aku.
Hasil carian imej untuk pesan bonda
Amin..

Secebis Hati

Siapalah aku tanpa dirimu
Walaupun kau sering memarahiku
Daku tidak pernah kecewa
Kerana ku tahu disebalik katamu itu
Terselindung secebis kasih sayang dan perasaan cinta 
Ku pasti setiap nasihat dan teguran itu adalah untuk kebaikan diriku
Mengajar erti sebuah kehidupan
Maafkan segala tutur kata yang menyinggung perasaanmu
Maafkan segala perbuatan yang tidak disenangi
Maafkan setiap perbuatan yang membuat kau rasa tidak dihargai
Terima kasih atas segalanya
Berulangkali aku kata yang aku tidak sempurna
Tapi aku berusaha menjadi yang terbaik.
Semoga kau memberi aku peluang dengan penuh kesabaran.
Terima Kasih lagi sekali.